"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit

BERNAMA

Kuala Krai: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, di sini, pada jam 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari yang lalu.

"Terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa dipercayai kesan gigitan binatang buas dan siasatan lanjut juga mendapati mangsa adalah orang hilang yang dilaporkan kepada pihaknya pada Rabu lalu.

"Menurut waris, mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, jantung dan penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau sering kali lupa mengenai perkara yang dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenal pasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa.

Tiada ulasan: