"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Tak dapat bayangkan bayi diikat dengan bom' - Lufya

Ramlah Zainal
Lufya Omar pada malam Bersamamu Rafah 2024 di Glam Damansara. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Lufya Omar pada malam Bersamamu Rafah 2024 di Glam Damansara. FOTO HAZREEN MOHAMAD
am@hmetro.com.my 

Petaling Jaya: "Satu benda yang dia (Dr Mohanad) cakap dan sangat kejam dilakukan (rejim zionis) ialah bayi diikat dengan bom dan dibaling dekat keluarga mereka," kata pelakon Lufya Omar ketika berkongsi mengenai kawan baiknya, Dr Mohanad yang menjadi wakil Yayasan Nurjiwa diasaskan, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Gaza, Palestin.

Kata Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 39, Dr Mohanad memberitahunya kejadian itu benar-benar berlaku dan bukan cerita bohong (yang sengaja dibuat-buat).

"Dr Mohanad, sangat aktif 'posting' di media sosial dan menunjukkan keadaan di Rafah yang sudah kosong.

"Mereka buat begitu untuk patahkan semangat rakyat Palestin.

"Tak dapat nak bayangkan, bayi yang diletak bom dan dibaling pada keluarga dan semuanya mati.

"Mereka memang nak tunjuk orang islam (rakyat Palestin) memang keji, sampah yang takda harga,"katanya yang sudah berkawan baik dengan Dr Mohanad lebih dari 15 tahun.

Mengenai Dr Mohanad lagi, kata Lufya, mereka juga sering berhubung sekali gus beliau juga berkongsi perkembangannya di sana.

"Dia cakap sedih sangat sebab ibunya sudah meninggal dunia akibat peperangan di sana. Beliau memang lelaki sangat mengambil berat mengenai ibunya," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Mengulas gerakan Blockout 2024 pula, kata Lufya, dia juga menyokong kempen boikot selebriti dan jenama pro Israel berkenaan.

"Saya sokong kempen itu sebab mereka (selebriti jalinkan kerjasama dengan jenama pro Israel) itu pentingkan diri sendiri. 

"Ia untuk orang di luar sana yang sibuk dengan dunia dan gaya kemewahan. Mungkin ia membuka mata untuk saya juga melihat perkara ini. 

"Bukan sebab takut diboikot tetapi isu ini sangat serius dan satu dunia buat kempen ini. Saya sokong dan lebih peka dengan perkara ini dan banyak juga jenama pro Israel yang saya tolak kerana duit kita boleh cari," kata Lufya menegaskan tidak kisah kehilangan pengikut serta akaun media sosialnya disekat kerana perkongsiannya mengenai isu Palestin.

Tiada ulasan: