"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tan Sri mana yang kena tibai dengan Dr Maza tu?

Dr Maza sekolahkan Tan Sri, siapakah dia, kesiannya

AKMAL MANAF

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ‘menyekolahkan’ seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang berhubung teguran terhadap pemerintah iaitu kerajaan.

”Pasaipa nak tegoq (tegur) pemerintah? ada dua atau tiga (sebab).

”Pertama, pihak yang menegur pemerintah kerana dia bantah dia dizalimi.

”Kedua, dia menegur pemerintah kerana menganggap ianya adalah konsep Amar Makruf Nahi Mungkar.

”Yang ketiga, dia tegur pemerintah pasal nak bagi runtuh kerajaan dan dia nak mengambil tempat daripada kerajaan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok @lawan.fitnah.

Amar Makruf adalah menyuruh dan menyeru kepada kebaikan, manakala Nahi Mungkar pula adalah mencegah dan melarang daripada perkara mungkar.

Susulan sebab ketiga itu, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menyifatkan keadaan sedemikian kadangkala menimbulkan krisis sepanjang zaman.

”Para ulamak tegur pemerintah, tetapi mereka tidak menyertainya dengan mahu merampas kuasa.

”Namun, sebahagiannya dia tegur pemerintah sebagai satu modal dia untuk meruntuhkan pemerintahan,” bidas beliau lagi dalam video itu.

Tiada ulasan: