"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki lari berbogel dalam pesawat

Agensi

Canberra: Seorang lelaki, baru-baru ini, ditahan selepas berlari dalam keadaan telanjang di dalam pesawat Virgin Australia.

Portal Sky News melaporkan, lelaki itu melakukan perbuatan itu ketika penerbangan dari Perth ke Melbourne.

Insiden itu memaksa pesawat berkenaan berpatah balik ke Perth.

Difahamkan, lelaki terbabit juga merempuh kru bertugas ketika insiden berkenaan.

Kes itu menyebabkan polis menunggu di Lapangan Terbang Perth. Ia bagi mengawal keselamatan ketika pesawat itu kembali mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Selepas ditahan, lelaki terbabit dipindahkan ke hospital untuk pemeriksaan.

Tidak jelas bagaimana atau di mana penumpang itu membuka pakaiannya.

Berikutan kes itu, lelaki terbabit diperintahkan untuk hadir di mahkamah pada 14 Jun depan.

Bagaimanapun, lelaki itu secara rasmi belum didakwa.

Sementara itu, Virgin Australia dalam satu kenyataan memohon maaf kepada penumpang terkesan dengan tindakan lelaki yang mencetuskan gangguan berkenaan.

Tiada ulasan: