"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penceramah bebas dilepas, dibebaskan daripada pertuduhan amang seksual fizikal

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
BADRULAMIN (tengah) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan. FOTO Ihsan peguam
BADRULAMIN (tengah) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan. FOTO Ihsan peguam
Kuala Terengganu: Seorang penceramah bebas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Badrulamin Bahron ,63, di akhir kes pendakwaan.

Mohd Zul Zakiqudin berkata, selepas mendengar dan mempertimbangkan keterangan saksi pendakwaan mendapati keterangan mangsa secara keseluruhannya tidak berkredibiliti, tidak konsisten serta tiada keterangan sokongan yang kukuh untuk mengaitkan tertuduh dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan semua saksi, beliau mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes secara prima facie dan memutuskan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dikembalikan semula kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azali Ibrahim dan Zulkifli Che Yong.

Pada November 2022, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga tiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia lima tahun sembilan bulan ketika kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tiada ulasan: