"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sindiket pengeluaran pas lawatan IMM13, SPRM tahan dua pegawai agensi penguat kuasa

Juwan Riduan
bhnews@bh.com.my
 
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di daerah ini.

Perintah reman enam hari sehingga 6 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Faezah Jafry terhadap suspek pertama yang berusia 50-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi tadi.

Sementara Majistret Don Stiwin Malanjum mengeluarkan perintah reman tujuh hari sehingga 7 Ogos 2024 ke atas suspek kedua yang berusia 30-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Tawau.

Menurut sumber, terdahulu kedua-dua suspek lelaki ditahan kira-kira jam 5.30 petang hingga 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan dan Tawau.

"Tangkapan terbaharu ini adalah susulan penahanan dua beranak berkaitan kes sama pada Jumaat lalu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak tahun 2022 dan ia membabitkan nilai rasuah kira-kira RM20,000.

"Kedua-dua suspek juga dipercayai melakukan perbuatan berkenaan bersama orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kejayaan ini adalah hasil risikan SPRM Sabah.

Terdahulu, Jumaat lalu, SPRM menahan reman dua beranak iaitu ibu dan anak perempuan kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 membabitkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

Tiada ulasan: