"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konvoi motosikal enggan berganjak, halang laluan bomba

KOSMO
Tangkap layar video kejadian. - Instagram
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi konvoi sekumpulan penunggang motosikal yang tidak memberi laluan kepada jentera bomba yang membunyikan siren, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di Sragen, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, konvoi motosikal itu difahamkan melibatkan kumpulan pencak silat.

Jumlah mereka yang ramai menyebabkan motosikal dalam konvoi tersebut memenuhi jalan.

Sebuah jentera bomba kemudian dilihat dipandu tergesa-gesa dan membunyikan siren, menandakan ia berada dalam kes kecemasan.

Meskipun pemandu kenderaan bomba membunyikan hon berkali-kali, kumpulan penunggang motosikal berkenaan tidak memberikan laluan.

Malah, ada antara mereka yang masih selamba mengibar bendera konvoi.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kejadian itu. – AGENSI

Tiada ulasan: