"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dalam lori

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bh.com.my
TERTUDUH (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
TERTUDUH (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di Kampung Pinggir Tapang, Sabtu minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Irwan Ismail, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizal terhadap mangsa perempuan berusia sembilan tahun.

Perbuatan itu dilakukan dalam lori di tepi tali air di sini, 12 tengahari Sabtu minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen 14 akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15 akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan tertuduh diwakili peguam, Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Terdahulu, Siti Edabayu memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan serius, manakala Nik Mohamad Amin memaklumkan akan membuat permohonan jamin secara bertulis.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan: