"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki lari pemeriksaan polis ditemui mati

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis ditemui mati di Sungai Perak, dekat Kampung Jagor, Gerik, petang semalam.

Mayat mangsa itu ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 5.40 petang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Gerik, Zulkifli Mahmood, berkata mayat mangsa berjaya dibawa ke jeti kampung terbabit hasil operasi dijalankan bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa adalah individu sama yang meloloskan diri dalam Op Tapis dijalankan Bahagian Narkotik IPD Gerik pada Khamis lepas.

“Semasa operasi dijalankan berhampiran Titi Batu 6 Bersia itu, mangsa telah melarikan diri ke arah sungai dan tidak dapat dikesan.

Operasi mencari telah dijalankan sehinggalah mangsa dijumpai semalam (Sabtu), katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.

Zulkifli berkata berdasarkan bedah siasat ke atas mangsa yang dijalankan di Hospital Gerik, punca kematiannya tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mayat telah reput.

Namun katanya polis mengesahkan kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian, katanya.

Tiada ulasan: