"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cinta tak berbalas, doktor pakar cederakan jururawat

Agensi

Jakarta: Berang cintanya ditolak, doktor pakar di Indonesia didakwa bertindak ganas terhadap jururawatnya sehingga mangsa mengalami kecederaan.

Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang berasal dari Majalengka sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Cirebon, Jawa Barat, 8 Oktober lalu.

Suspek dipercayai bekerja sebagai doktor pakar di hospital sama dan dikatakan mempunyai perasaan cinta terhadap mangsa, namun tidak berbalas.

Mangsa berusia 30 tahun mendakwa, dia ditumbuk pada bahagian hidung sehingga berdarah selain ditendang di kepala ketika cuba melarikan diri daripada suspek.

Katanya, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugas manakala suspek datang menemuinya sebelum mengajaknya ke sebuah ruang di belakang tangga berhampiran lif dalam kawasan hospital.

"Sebaik tiba di ruang itu, saya terus dimarahi dan ditampar, kemudian hidung saya ditumbuk sehingga berdarah.

"Dalam kepayahan, saya berusaha untuk melarikan diri, tetapi dia sempat lagi menendang kepala saya sehingga menyebabkan saya hampir pengsan," katanya.

Bimbang keselamatannya, wanita itu berkata, sehari selepas kejadian, dia membuat laporan polis.

Kes berkenaan kini dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Polis Cirebon bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian dan dakwaan terhadap doktor terbabit.
-hmetro

Tiada ulasan: