"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar gugur kandungan dipenjara sebulan, denda RM5,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 19 tahun dihukum penjara sebulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menggugurkan kandungannya sendiri.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, lapor The Borneo Post.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah sewa di Kota Kinabalu pada 15 Mei lepas.

Berdasarkan fakta kes, wanita yang hamil 15 minggu itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebuah hospital selepas mengalami pendarahan .

Dia sebelum itu mengambil 11 biji pil Misoprostol (Cytotec) 200mcg secara oral dan memasukkan tiga lagi pil ke dalam kemaluannya . 
Siasatan mendapati wanita itu mengambil ubat berkenaan bagi menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menjadi ibu. Dia dan teman lelakinya bersetuju untuk melakukan pengguguran tersebut.

Peguam Jagnesh Jaya mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anthony.

Tiada ulasan: