"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP BN sokong PN tak langgar aktalompat parti - Muhyiddin

Yasmin Ramlan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata tidak salah sekiranya ahli parlimen BN menyatakan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.

Dia mengulas kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menafikan berunding dengan PN atau GPS dan mengingatkan ahli parlimen BN terikat dengan akujanji yang memberinya mandat untuk memilih gabungan dalam membentuk kerajaan.

“Bagi saya itu kenyataan dia (Zahid) tapi kalau ikut perlembagaan, kata ahli-ahli parlimen, tak kata dari parti mana ke, secara individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka boleh.

“Tapi kalau ada antara lain ke ahli-ahli parlimen yang buat keputusan untuk sokong saya, itu hak ahli parlimen, ini bersandarkan perlembagan negara,” kata Muhyiddin selepas mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi Bersatu di Glenmarie, Selangor malam tadi.

“Kalau Perlembagaan Persekutuan kata seseorang yang nak jadi perdana menteri mestilah mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen, kalau ikut istilahnya, 112 kerusi,” jelas pengerusi PN itu lagi.

Ini selepas, Pengerusi GPS Abang Johari Openg menyuarakan kesediaan gabungan itu membentuk kerajaan bersama PN dan BN.

Muhyiddin memperjelas kenyataannya awal hari ini bahawa penyokongnya ialah GPS Sarawak, GRS Sabah dan "beberapa orang ahli Dewan Rakyat lain."

Sementara itu, Muhyiddin pada malam ini berkata ahli parlimen yang menyokongnya tidak akan akan terjejas status mereka menurut peruntukan undang-undang Anti Lompat Parti.

“Ia tak menghalang mana-mana parti. Bukan semua datang dari PN. GPS? GRS? Bebas? dan memang tak langgar peruntukan akta tu, sebab mereka tak kelaur dari parti, tapi mereka secara individu, ahli parlimen datang dari mana.

“Hatta (calon) bebas, nyatakan sokongan pada saya. Jadi tak menyalahi dari segi akta anti lompat parti,” katanya.

Di bawah undang-undang antilompat, ahli parlimen tidak kehilangan kerusi mereka jika mereka tidak berundur atau meletak jawatan daripada parti mereka.

Secara teorinya, ini membolehkan ahli parlimen menentang arahan parti dalam menyokong calon perdana menteri.

Tiada ulasan: