"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Nama besar’ Umno, komponen BN antara 10 Ahli Parlimen sokong Muhyiddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin komponen Umno dan Barisan Nasional (BN) antara 10 Ahli Parlimen gabungan itu yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menurut sumber.

Sepuluh Ahli Parlimen berkenaan, yang kini telah menarik sokongan daripada pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu antara lain dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Ada seorang pemimpin Umno yang sangat lantang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),” kata sumber itu kepada FMT.

“Beliau mengetuai sembilan Ahli Parlimen lain menandatangani SD menyokong Muhyiddin itu. Antara mereka turut termasuk beberapa ‘nama besar’.”

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lebih lanjut. Difahamkan, nama 10 Ahli Parlimen itu tersebar di media sosial hari ini.

BN terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Presiden MIC SA Vigneswaran berkata 10 Ahli Parlimen BN telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Susulan itu, katanya, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengutus surat kepada Istana Negara menyatakan bahawa kesemua 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Portal itu turut melaporkan hanya 28 daripada 30 Ahli Parlimen BN telah menandatangani aku janji sebelum pilihan raya umum untuk memberi mandat kepada Zahid mengadakan perbincangan bersama mana-mana parti berhubung pembentukan kerajaan.

BN kini dalam perbincangan dengan PH dan PN mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Tiada ulasan: