"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan telah dibuat, Ahli Parlimen BN sedang bermesyuarat

Tsubasa Nair

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk membentuk kerajaan, dengan Ahli Parlimen gabungan itu kini sedang bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik. Belum ada tandatangan akuan berkanun. Biar setiausaha agung BN keluarkan kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong mengelak daripada menjawab soalan pemberita, sekadar berkata bahawa BN akan membuat pengumuman, sebelum masuk ke dalam keretanya.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan PH dan BN sedang berunding untuk membentuk kerajaan persekutuan bersama.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi tempoh sehingga 2 petang hari ini kepada pemimpin parti dan gabungan untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

Tiada ulasan: