"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin tertinggi PN berkumpul di kediaman Muhyiddin

Bernama

Kenderaan membawa beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) dilihat memasuki kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini sejak 9.50 pagi tadi.

Antara yang dilihat adalah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ia dipercayai bagi membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan, susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bahawa proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan hingga 2 petang ini.

Kemelut politik negara pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 memasuki hari ketiga hari ini selepas keputusan pilihan raya menunjukkan tiada mana-mana parti politik meraih majoriti mudah 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Hamzah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan PN telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

- Bernama

Tiada ulasan: