"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘10 wakil BN tarik SD sokong Muhyiddin’

Malaysiakini 

PN dilaporkan kehilangan jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan selepas 10 ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka melalui akuan berkanun (SD) pada saat akhir semalam.

New Straits Times melaporkan bahawa ahli Parlimen BN memaklumkan mengenai keputusan menarik semula sokongan mereka kepada istana melalui e-mel sekitar jam 2 petang semalam.

Ini kononnya alasan yang diberikan mengapa Istana Negara memutuskan kedua-dua gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH)tidak mempunyai sokongan majoriti.

Semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mendakwa bahwa gabungannya sudah menyerahkan 115 SD kepada istana tetapi Yang di-Pertuan Agong berkata ia tidak mencukupi.

Tiada ulasan: