"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Spekulasi liar menyebar dakwa M'sia dapat PM baru

Malaysiakini

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

Spekulasi liar bertiup kencang

Beberapa pertubuhan berita yang melaporkan bahawa Malaysia sudahpun mendapat perdana menteri baru, kemudian menarik keluar artikel tersebut atau siaran media sosialnya.

Tiada satupun laporan berkenaan memetik sumber mereka.

Setakat ini, Muhyiddin Yassin telah meninggalkan Istana Negara, manakala Anwar Ibrahim masih lagi berada di sana.

Tiada ulasan: