"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abang Jo enggan komen keputusan BN

Bernama

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Katanya, tindakan yang akan GPS ambil adalah berdasarkan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Saya tidak tahu keputusan baginda lagi. Saya tidak tahu (keputusan BN). Saya masih di persidangan Dewan DUN,” katanya kepada wartawan di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Pada Ahad lalu, GPS mengumumkan bahawa gabungan itu sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob berkata, BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, naib presiden Umno itu menambah, BN bersetuju untuk menjadi pembangkang.

Tiada ulasan: