"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar yakin bentuk kerajaan dengan BN, tak bincang kes mahkamah

Malasiakini

Pengerusi Pakatan Harapan  Anwar Ibrahim yakin dia akan berjaya membentuk dan mengetuai “kerajaan perpaduan” dengan sokongan BN.

Katanya, walaupun BN belum membuat keputusan, dia berpuas hati dengan hasil pertemuan kedua-dua pihak hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Anwar berkata tujuh wakil BN terlibat dalam perbincangan bersama PH.

Mereka antaranya, kata Anwar, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya  Mohamad Hasan dan naib presiden  Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang juga perdana menteri sementara, katanya, terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan kerja.

Katanya, perbincangan berkisar keperluan membentuk kerajaan yang stabil dan terangkum yang menumpukan kepada pentadbiran tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi negara.

Ditanya sama ada kes mahkamah pemimpin BN dibincangkan, dia berkata tidak.

Ditanya berkaitan penentangan Hishammuddin Hussein, Anwar berkata dia percaya anggota parlimen berpengaruh Umno itu akan menukar pandangannya.

“Respons saya tiada kerajaan DAP.

“Ini gabungan atau kerajaan perpaduan,” katanya.

Tiada ulasan: