"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shahbudin: Ahli Parlimen BN Jangan ‘KORNER’ Pulak Depan Agong Esok?

Shahbudin Husin 

Berikutan masih tiada ketentuan berhubung siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong telah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda pagi esok di Istana Negara.

Titah tersebut dikeluarkan selepas baginda memanggil mengadap Anwar Ibrahim dan Mahiaddin Md Yasin petang tadi.

Dalam majlis mengadap yang bermula jam 10.30 pagi esok, Agong akan berjumpa 30 Ahli Parlimen BN secara seorang demi seorang.

Ia bagi Agong mengetahui siapa yang paling berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, perlu disebut bahawa Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pagi tadi telah membuat ketetapan bahawa tiada Ahli Parlimen gabungan itu yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Dewan Tertinggi BN dalam kenyataan media yang dikeluarkan setiausahanya, Zambry Abd Kadir berkata, gabungan itu bersedia berbincang dengan pihak lain untuk membentuk kerajaan.

Berikut adalah kenyatan media Zambry itu:

KENYATAAN MEDIA

Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:

1. Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

3. Sehubungan itu, Barisan Nasional meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara

Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang.

Sekian, terima kasih.

BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT

DR ZAMBRY ABD KADIR

22hb November 2022

KM/15/2022

Yang jelas dalam kenyataan media itu, penegasannya ialah tiada Ahli Parlimen BN memberi sokongan kepada Mahiaddin dan pemakluman mengenainya telah pun dihantar kepada Istana Negara.

Jadi, dalam majlis mengadap seorang demi seorang di depan Agong pagi esok, jangan ada yang korner pulak?

Jangan lupa, keputusan yang sudah dibuat ialah tidak sokong Mahiaddin dan pemakluman mengenainya telah pun dihantar ke Istana Negara.

Yang ditetapkan tidak diberi sokongan hanya Mahiaddin dan ini bererti Ahli-Ahli Parlimen BN masih terbuka untuk memberi sokongan kepada Anwar.

Tapi untuk sokong Mahiaddin, ia sebenarnya sudah tertutup.

Sekali lagi diingatkan – jangan cuba-cuba nak korner, rakyat sedang memerhati. – ShahbudinHusin 22/11/2022.

Tiada ulasan: