"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin BN, PN jumpa 3 petang hari ini - sumber

B Nantha Kumar

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

"Ada perjumpaan antara BN dan PN di Hotel St Regis Kuala Lumpur.

"Tok Mat (Mohamad Hasan) mengetuai BN. Selain, Wee (Ka Siang), Saravanan, dan Arthur (Kurup) akan menghadiri perjumpaan ini," katanya.

Katanya, perjumpaan hari ini diadakan hasil persetujuan pada mesyuarat dewan tertinggi BN semalam.

Bagaimanapun, sumber itu juga mengesahkan bahawa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menyertainya.

Sebelum ini, BN mengadakan perjumpaan dengan Pakatan Harapan (PH) bersama Anwar Ibrahim pada Isnin di Hotel Seri Pacific.

Anwar berkata tujuh wakil BN terlibat dalam perbincangan bersama PH.

Kata Anwar, antara yang hadir termasuklah Zahid Hamidi, Mohamad Hasan dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang juga perdana menteri sementara, menurut Anwar, terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan kerja.

Katanya, perbincangan berkisar keperluan membentuk kerajaan yang stabil dan terangkum yang menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi negara.

Kerajaan pusat masih tidak dapat ditubuhkan berikutan tiada majoriti mudah dimenangi gabungan yang bertanding PRU15.

Tiada ulasan: