"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rundingan PH-BN masuk ‘fasa serius’, bincang kestabilan dan pemulihan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) memaklumkan ia memasuki fasa rundingan yang serius dengan Barisan Nasional (BN), yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Rundingan membincangkan perkara utama menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” kata Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam pada itu, Saifuddin menyangkal kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) bahawa gabungan itu mempunyai jumlah akuan berkanun melebihi 112 surat.

Beliau berkata kenyataan Hamzah Zainudin “pramatang”, “mustahil”, dan “tidak konklusif” selepas pihak Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, menyatakan dakwaan 10 wakil rakyat Umno menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri adalah tidak benar.

Ia juga ambil maklum kenyataan BN sendiri bahawa sebarang akuan berkanun lain atau rundingan dengan parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen gabungan itu “tidak sah”.

Tiada ulasan: