"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laungan ‘Reformasi’ ketika penyokong PKR berkumpul di Istana Negara

Elill Easwaran

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong PKR berkumpul di luar Istana Negara di sini sambil melaungkan “Reformasi”.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 4 petang ini.

Terdahulu, Anwar yang ketua Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin diperintah menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini juga.

Istana Negara dalam satu kenyataan memberitahu, ini kerana tiada seorang pun Ahli Parlimen peroleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Dalam pilihan raya umum pada Sabtu lalu, PH dan Muda memperoleh 82 kerusi, diikuti PN 73 manakala Barisan Nasional hanya memperoleh 30 kerusi.

Keagalan tiga parti gabungan utama mendapat majoriti mudah menyebabkan PN mengadakan perbincangan dengan parti dari blok Borneo iaitu Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.

Pemimpin BN pula mengadakan perbincangan dengan PH, namun Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata, BN tidak akan menyokong PH atau PN dan akan kekal menjadi pembangkang.

Tiada ulasan: