"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

26 maut, treler bertembung van

Reuters

Mexico City: Seramai 26 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan treler dan van dalam kejadian di lebuh raya di Tamaulipas di utara Mexico pada Ahad.

Kementerian Keselamatan Awam Tamaulipas berkata, kedua-dua kenderaan bertembung sebelum terbakar di luar ibu negeri Ciudad Victoria itu.

Pihak berkuasa dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mendapati pemandu treler tiada di lokasi.

Sumber Pejabat Pendakwa Raya Tamaulipas berkata, pasukan siasatan tidak pasti sama ada pemandu trak itu melarikan diri atau turut terkorban.

Menurutnya, mangsa yang maut termasuk kanak-kanak adalah penumpang van.

"Berdasarkan siasatan, van berkenaan milik syarikat pengangkutan persendirian.

"Kesemua mangsa adalah warga tempatan berdasarkan kad pengenalan yang ditemui," katanya.
KEDUA-dua kenderaan bertembung dan terbakar FOTO AFP/MEXICAN ARMY
KEDUA-dua kenderaan bertembung dan terbakar FOTO AFP/MEXICAN ARMY
-hmetro 

Tiada ulasan: