"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu kalimah Allah libat teknikal perundangan, menteri agama seru elak sentimen tak berasas

FMT Reporters

PETALING JAYA Orang ramai dinasihatkan bertenang dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu kalimah Allah kerana ia melibatkan isu teknikal perundangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata semua pihak juga perlu mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah suci dalam agama Islam,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran, hanya terpakai untuk Sarawak.

Penjelasan itu menyusuli keputusan kerajaan baru-baru ini untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang pada 2021 memutuskan bahawa seorang penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, boleh menggunakan menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya.

Tiada ulasan: