"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu azan: Majlis agama tuntut mohon maaf, aktivis terjah sidang media

Susan Loone
story-imageMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyelar penyebaran video berkaitan pertikaian isu azan di sebuah surau di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Yang dipertuanya Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menyifatkan perkara itu sebagai “amat mengelirukan, tidak menampakkan kejujuran dan dikeluarkan dengan niat yang amat tidak baik walau apa tujuannya”.

Katanya, pengurusan kondominium itu tidak melarang penggunaan pembesar suara atau azan.

Malah, katanya yang juga exco agama merangkap timbalan ketua menteri 1, isu itu telah selesai.

Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor

“Terkait dengan hal ini juga, MAINPP menyatakan rasa kesal dengan peranan yang dimainkan oleh seorang TikToker bernama Mohd Sophian Mohd Zain  yang terus membuat video kontroversi yang tular pada 14 Mei 2023 dengan nada menyemai kemarahan umat Islam seluruh negara,” katanya.

Padahal, katanya, perselisihan itu telah diuruskan dengan baik oleh semua pihak, termasuk pentadbir surau dan pengurusan bangunan.

Dalam sidang media di surau itu, Zakiyuddin juga menuntut permohonan maaf terbuka daripada Mohd Sophian, seorang aktivis lantang di Pulau Pinang.

Zakiyuddin juga mahu video yang didakwa menghasut itu dipadam.

“Pihak MAINPP akan mengkaji dan menyemak undang-undang yang berkaitan dalam menangani isu ini jika ada keperluan,” katanya.

Tri Pinnacle, Tanjung Tokong
Mohd Sophian dipercayai orang pertama menyebarkan dakwaan itu di media sosial.

Dakwaan itu bagaimanapun disahkan oleh Pengerusi surau itu Muhammad Nasir Abd Majid.

Sementara itu, Sophian turun hadir dalam acara itu dan mencabar Zakiyuddin membuka video itu di hadapan semua wartawan dan membuktikan bahagian mana yang mempunyai unsur fitnah.

Dia berkata akan memohan maaf, jika memang terdapat kenyataannya yang memfitnah.

“Siapa ada video buka sekarang. Buka, buka sekarang.

“Buka, dan saya akan mohon maaf secara terbuka kalau saya buat satu tuduhan fitnah di depan sahibus samahah Datuk Seri mufti kita,” katanya.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Tiada ulasan: