"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu lori mengaku tidak bersalah lacur bini sendiri

Buletin TV3 

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan melacurkan isterinya.

Tertuduh yang berusia 35 tahun berasal dari Dungun, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Noriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdagangkan isterinya yang berusia 33 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak bagi tujuan eksploitasi seks.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2023.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara selama 15 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

15 Jun depan ditetapkan tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhd Izzat Norizam.

Tiada ulasan: