"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid beritahu Hadi, jangan perasan sertai kerajaan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta Abdul Hadi Awang tidak perasan ada pihak akan menawarkan presiden PAS itu menyertai kerajaan perpaduan.

Zahid merujuk dakwaan Hadi dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Walaupun mempersoalkan tawaran itu, Hadi dilaporkan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi lebih banyak daripada parti lain.

Menjawab dakwaan Hadi, Zahid berkata: “Itu (dakwaan PAS ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya.”

Presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional itu menasihatkan PAS terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

“Saya rasa eloklah mereka (PAS) terus berkawan dengan Bersatu.

“Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, PAS sepatutnya diberikan peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai lebih banyak kerusi.

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun, tetapi tawaran itu mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju PAS.

Tiada ulasan: