"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid sudah ‘serik’ dengan PAS

Mohamad Fadli

PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi akui beliau sudah serik dengan PAS yang baru-baru ini mendakwa ia ditawar untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga presiden Umno berkata 19 pemimpin parti-parti kerajaan perpaduan tidak pernah bincang untuk membuat tawaran kepada PAS.

“Tidak ada parti dalam kalangan kami percaya dengan mereka sebab mereka tidak kotakan janji, ikrar, dan piagam yang telah dipersetujui,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.

“Secara peribadi saya serik dengan parti berkenaan.”

Presiden PAS, Hadi Awang, pada Sabtu mendakwa beliau beberapa kali dihubungi ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Zahid bagaimanapun meinta semua pihak melupakan dakwaan Hadi itu.

“Jika ada pun yang dakwa kononnya bertemu dengan pemimpin atau lapisan kepimpinan parti berkenaan itu…kami tidak anggap sebagai satu perjumpaan rasmi,” katanya.

Tiada ulasan: