"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PMX: Tawaran PAS sertai kerajaan bukan daripada saya,

Anne Muhammad

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan bukan datang daripadanya.

“Tak tahu (dari) siapa. Tidak dari saya, (mahupun) pimpinan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan pun oleh kepimpinan PH mahupun BN.

Sabtu lepas, Presiden PAS Hadi Awang mendedahkan beliau beberapa kali dihubungi “orang tertentu” yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Susulan itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mendakwa tawaran itu “strategi” untuk memecahbelahkan PN dalam menghadapi PRN akan datang.

Tiada ulasan: