"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi: Dana RM24.8 juta Kesedar lesap: Dalang guna 9 identiti individu

Geraldine Tong

Individu yang ditahan kerana didakwa menggelapkan RM24.8 juta daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) didakwa menyalahgunakan pengenalan diri sembilan kakitangan lain untuk memindahkan wang berkenaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolong akauntan itu telah melakukan "perbuatan licik" itu selama lapan tahun.

“Saya telah mencium bau (penyelewengan) itu, maka langkah-langkah selepas saya berada di kementerian ini dilakukan bukan hanya berdasarkan pada laporan audit tetapi sembilan individu di dalam Kesedar telah digunakan ID-nya oleh individu berkenaan untuk melakukan penyelewengan wang Kesedar hampir RM25 juta.

“Satu tempoh yang panjang ini saya fikir adalah satu perbuatan yang licik dilakukan oleh penolong akauntan yang berkenaan,” kata Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.

Dia berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran jelajah advokasi antigangguan seksual di Hotel Doubletree di Putrajaya hari ini.

Tiada ulasan: