"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahu cari telefon bimbit, pegawai arah empangan dikeringkan

Agensi
EMPANGAN Kherkatta, di Chhattisgarh. FOTO @RAMANMANN1974
EMPANGAN Kherkatta, di Chhattisgarh. FOTO @RAMANMANN1974
New Delhi: Gara-gara mengarahkan air di dalam sebuah empangan dikeluarkan untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, seorang pegawai kerajaan di India, baru-baru ini, digantung tugas.

BBC melaporkan susulan arahan pegawai, Rajesh Vishwas, jutaan liter air di dalam empangan itu dipam keluar dalam masa tiga hari.

Vishwas mendakwa telefon itu penting kerana mengandungi data sensitif kerajaan, namun dia dituduh menyalahgunakan kedudukannya.

Telefon jenama Samsung bernilai 100,000 rupee (RM5,572.59) milik inspektor makanan itu, terjatuh ketika berswafoto di Empangan Kherkatta, di negeri tengah India Chhattisgarh, minggu lalu.

Dalam satu rakaman video, Vishwas berkata, dia terpaksa membayar untuk kegunaan pam diesel bagi mengepam air selepas penyelam gagal menemui telefonnya.

Katanya, dia mendapat kebenaran daripada seorang pegawai untuk mengeluarkan sedikit air ke dalam terusan berhampiran dan tindakan itu didakwa boleh memanfaatkan petani di kawasan berkenaan.

Dilaporkan, kerja mengepam itu berjalan selama beberapa hari bagi mengosongkan kira-kira dua juta liter air yang boleh menampung kegunaan air untuk ladang seluas kira-kira 600 hektar.

Bagaimanapun, Pegawai Daerah Kanker, Priyanka Shukla berkata, misi itu dihentikan apabila pegawai lain dari jabatan sumber air tiba di kawasan itu selepas menerima aduan.

"Dia (Vishwas) digantung sehingga siasatan.

"Air adalah sumber penting dan ia tidak boleh dibazirkan seperti ini," katanya kepada akhbar The National.

Vishwas yang menafikan menyalahgunakan kedudukannya berkata, air yang dialirkan adalah dari bahagian limpahan empangan dan bukan yang boleh digunakan.

Tindakannya itu turut dikritik pembangkang dengan Naib Presiden Kebangsaan Parti BJP membuat ciapan Twitter yang menyifatkan ia satu pembaziran terutama pada musim panas.

"Ketika ramai bergantung kepada lori tangki untuk kemudahan air dalam musim panas terik ini, pegawai itu mengeringkan air yang boleh digunakan untuk 600 hektar tanah," katanya.

Tiada ulasan: