"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti P Pinang: ‘Tak berdosa tolak parti Islam rekaan manusia’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata seseorang umat Islam tidak berdosa atau menjadi kafir sekiranya tidak menyokong parti Islam direka manusia.

Beliau berkata parti Islam rekaan manusia itu bukan bersifat suci atau sakral yang tidak mengikat seorang muslim menyokongnya.

“Mana-mana individu atau kumpulan boleh mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi dakwaan ini mestilah dibuktikan dengan jelas dalam realiti kehidupan.

“Perlu diingatkan, Islam tidak akan tegak dengan slogan semata-mata tetapi ia ditegakkan dengan amalan dalam kehidupan rakyat sejahtera dan berkebajikan di samping pentadbiran negara yang baik, bersih dan cekap.

“Islam boleh ditegakkan secara bijaksana tanpa mencanangkannya kepada umum seperti melaksanakan keadilan sosial, meratakan kebajikan, membasmi kemiskinan, membanteras rasuah dan maksiat dan sebagainya,” katanya menurut Berita Harian dalam kenyataan media.

Semalam, dua Adun pembangkang di Kelantan Dr Hafidzah Mustakim (Kota Lama) dan Syahbudin Hashim (Galas) menuntut Menteri Besar Nassuruddin Daud dari PAS memohon maaf di atas kenyataannya
dalam kuliah Jumaat baru-baru ini yang didakwa melabel mereka ‘melawan perjuangan Islam’.

Dalam sedutan ceramah Nassuruddin, beliau berkata: “Terima kasih banyak kepada rakyat Kelate (Kelantan). Mu beri sokongan kepada perjuangan Islam. Alhamdulillah. Orang muda bersemangat, orang tua hok sokmo (sepanjang masa) sokong perjuangan Islam.

“Alhamdulillah sehingga tinggal dua kerusi. Takpolah kena ada jugok, takut orang nak tengok lagu mana hok lawan perjuangan Islam ni. Jadi rakyat boleh tunjuk hok dua tu.”

Bagaimanapun, Nassuruddin yang juga Adun Meranti menafikan dakwaan melabel dua wakil rakyat itu sebagai melawan perjuangan Islam.

Sebaliknya, beliau menegaskan ucapan beliau hanya menyebut perjuangan Islam dan bukannya melawan Islam seperti didakwa.

Tiada ulasan: