"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ramai sangat agamawan separuh masak dalam Pas jadi rujukan muktabar’

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed tampil senada dengan Datuk Dusuki Ahmad menerusi satu hantaran di Facebook yang dimuat naik Pengerusi Majlis Ulama Umno itu.

Dusuki dalam hantaran di Facebooknya memberitahu bahawa beliau setuju dengan pandangan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad yang menyatakan pemikiran Pas mutakhir ini dibentuk oleh golongan agamawan separuh masak yang dinobatkan sebagai ulama dan diletak di mercu pimpinan parti itu.

“Mereka ini mahir bermain emosi, agama dan kaum. Golongan profesional dalam kalangan mereka, golongan intelektual dan ulama sebenar tidak ramai yang berani menegur, khuatir tidak popular.

“Ramai anak pemimpin utama Pas sebelum ini seperti anak-anak Fadzil Noor, anak-anak Yusof Rawa dan juga anak-anak Datuk Asri Muda.

“Bahkan, sebilangan anak-anak dan keluarga Tok Guru Nik Aziz sudah berada di luar gelanggang Pas,” tulis beliau.

Tulisan beliau itu kemudiannya disambut oleh Che Ibrahim yang turut bersetuju dengan pandangan Dusuki yang juga merupakan ayah kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Malah, Che Ibrahim menyifatkan tulisan daripada pihak yang umum dikenali banyak menaburkan fitnah pun sudah menjadi rujukan.

“Ambo setuju dengan Dusuki ini. Ramai sangat agamawan separuh masak dalam Pas yang menjadi rujukan muktabar.

“Bahkan, berita yang dirawikan oleh Papagomo (Wan Muhammad Azri Wan Deris) dan Raja Petra (pengasas dan penulis portal Malaysia Today) pun dah jadi hadis sohih dah,” katanya.

Tiada ulasan: