Agensi
MARIA Gonzalez. FOTO Agensi
Houston: Remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual dan membunuh kanak-kanak perempuan, sebelum menyembunyikan mayat mangsa di bawah katil di rumah keluarganya dekat Texas, Amerika Syarikat (AS).
Mirror UK melaporkan, Juan Carlos Garcia-Rodriguez dikenal pasti sebagai individu dikehendaki pada Jumaat, 18 Ogos.
Polis, pada Sabtu, mengumumkan bahawa suspek itu sudah ditahan.
Mayat Maria Gonzalez, 11, ditemukan oleh bapanya, Carmelo Gonzalez di rumah mereka di Pasadena, pada Sabtu (12 Ogos lalu).
Mayat mangsa ditemukan selepas bapanya pulang ke rumah dari tempat kerja.
Penyiasat mendapatkan bukti tambahan yang mengaitkan remaja berusia 18 tahun itu dengan pembunuhan Maria dan menangkapnya di Shreveport, Louisiana.
Polis Pasadena berkata, remaja itu akan didakwa atas kesalahan membunuh dan sedang menunggu ekstradisi ke Texas.
Keluarga Gonzalez mengeluarkan kenyataan mengucapkan terima kasih kepada polis Pasadena dan Louisiana kerana menahan suspek.
Maria dilaporkan berada di rumah sendirian pada Sabtu lalu, kerana bapanya, Carmelo Gonzalez, pergi bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan