"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi: 'Dia ini gila ke apa?'

Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my

Putrajaya: "Dia ini gila ke apa? Tak perlu mempolitikkan perkara ini," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari mengenai kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan wajar disambut secara bersama.

"Ini bukan soal politik sebab soal bendera, perayaan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Katanya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna terdapat pada Jalur Gemilang dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Ketua Pemuda PN itu tidak layak menjadi Ahli Parlimen kerana terlalu berfikiran jumud.

"Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan," katanya.

Tiada ulasan: