"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Itu khabar angin’, Zahid jawab dakwaan 7 Ahli Parlimen BN mahu kosong kerusi

Faiz Zainudin

SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menyifatkan desas desus tujuh Ahli Parlimennya mahu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK hanya khabar angin.

Presiden Umno itu turut mengingatkan semua wakil rakyat BN bahawa mereka terikat dengan aku janji dibuat mereka sebelum pilihan raya umum lalu.

“Itu khabar angin (tujuh Ahli Parlimen BN kosong kerusi) paling penting tunggu sampai akhir penggal (parlimen), harus melihat mandat dan watikah itu diberikan kepada mereka untuk mewakili parti….bukan diri sendiri.

“Ini ditandatangani mereka dalam aku janji serta dalam dokumen dimeterai di hadapan saya sebelum menjadi calon (pilihan raya),” katanya selepas majlis penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Bike Club (ISBC) di IPK Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam di TikTok yang mendakwa seramai tujuh Ahli Parlimen BN sedang mempertimbangkan untuk mengosongkan kerusi mereka.

Tindakan itu didakwa bagi memberi laluan kepada PRK dan menggangu kestabilan kerajaan.

Sementara itu, Zahid berkata calon BN bagi PRK DUN Pelangai akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan Umno Pahang diketuai Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan MB Pahang, kita bukan hanya teliti keputusan PRU lalu tetapi pembangunan DUN itu harus diteruskan.

“Soal siapa wakil Umno dan BN, kita akan perincikan apabila bahagian mengemukakan nama kepada negeri untuk saya putuskan nanti,” katanya.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, minggu lalu.

Tiada ulasan: