"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

18 mayat ditemukan rentung di taman negara Greece

Bernama

ATHENS: Lapan belas mayat rentung dipercayai terdiri daripada pendatang ditemukan di Taman Negara Dadia, Greece, kata seorang jurucakap perkhidmatan bomba.

Giannis Artopoios berkata: “Memandangkan tiada yang dilaporkan hilang, kami mengandaikan mereka merupakan pendatang tanpa izin.”

Kebakaran marak di kawasan timur laut Greece selama beberapa hari, serta di beberapa bahagian lain di negara itu, lapor Agensi Berita dpa.

Pendatang yang memasuki Greece dari Turki melalui sungai di sempadan Evros, sering ditemukan bersembunyi di kawasan hutan Dadia.

Tiada ulasan: