"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Jaga diri' - Pesanan bekas Ketua Polis Negara buat pegawai dan anggota penguat kuasa

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Musa Hassan
                       Musa Hassan
Kuala Lumpur: Penyelia agensi penguatkuasaan di negara ini perlu memantau setiap aktiviti yang dilakukan 'anak buah' mereka.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, pihak atasan boleh dipertanggungjawabkan atas salah laku yang dilakukan oleh pegawai bawahan mereka.

"Setiap pegawai dan anggota adalah di bawah penyeliaan pegawai atasan atau ketua mereka. Oleh itu ketua atau pegawai atasan perlu memantau dan bertanggung jawab terhadap tindakan pegawai bawahannya.

"Setiap pegawai dan anggota tidak boleh bertindak atau berkelakuan yang boleh menjatuhkan imej pasukan.

"Lebih-lebih lagi jika bertindak atau berkelakuan yang melanggar undang-undang yang menjadi satu kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa perlu menjaga diri dan lebih berdisiplin dalam menjalankan tugas.

"Kebiasaannya tiada keperluan untuk pegawai penyiasat 'menghiburkan' individu tertentu kerana mereka mempunyai ketua mereka sendiri.

"Jaga diri, itu pesanan saya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kanan polis dan 13 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya (DPP) disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban pada awal pagi Sabtu.

Kesemua pegawai dan anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Seramai 14 daripada 15 pegawai dan anggota yang diperiksa di premis itu didapati positif dadah, manakala dua lagi penjawat awam yang ditahan juga positif dadah.

Tiada ulasan: