"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong PN fitnah kerajaan ubah Rukun Negara

HarapanDaily.com

Penyokong PN dilihat cuba untuk mempolitikkan Rukun Negara dengan mempersoal kewajaran penggunaan kata ‘liberal’. – Foto Facebook Kementerian Perpaduan Negara

Seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) dilihat melampau apabila memfitnah kononnya Kerajaan Perpaduan mengubah Rukun Negara.

Tohmahannya itu tular di media sosial apabila wanita berkenaan antara lain menuduh kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan fahaman liberal “diguna pakai”.

“Inikah Kerajaan Perpaduan yang majoriti rakyat Malaysia @ Tanah Melayu nak?

“Kerajaan PMX nak juga LIBERAL diguna pakai dan masih ada orang Melayu bangsa majoriti yang pertahankan dengan mengatakan tiada siapa pun terancam?” katanya dalam bentuk ayat tanya.

Dia yang dilihat amat ‘terganggu’ dengan perkataan ‘liberal’ dalam Rukun Negara itu turut mempersoalkan tindakan Umno.

Malah, individu itu mempertikaikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dakwanya “tak kata apa” walaupun Rukun Negara itu adalah ideologi negara yang telah dibentuk sejak 31 Ogos 1970 lagi.

“Umno yang kononnya PEMBELA bangsa Melayu pun tak kata apa? Awat Dr Asyraf Wajdi tak kata apa? Hebatnya Umno memilih rakan gabungan?” dakwanya lagi menerusi hantaran di Facebook.

Ekoran itu, orang ramai mengecam tohmahan wanita berkenaan dan menganggap kenyataan fitnah dalam bentuk ayat tanya itu sebagai tindakan sengaja memburukkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Ada juga yang memberi penjelasan mengenai binaan dan isi kandungan Rukun Negara yang dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara susulan tragedi 13 Mei 1969 itu.

“Rukun Negara terbahagi tiga iaitu falsafah, ikrar dan rukun, yang dok hafal di sekolah hanya ikrar dan rukun.

“Falsafah sentiasa ada di belakang buku tapi hang tak pernah baca, untuk jadi Islam sejati – ‘iqra’ – jangan gadaikan akal kepada orang lain untuk ditunggang,” tegas pengguna Facebook Hashermi Hamri.

Kabinet pada 25 Julai lalu telah meluluskan cadangan untuk mengembalikan lafaz penuh Rukun Negara bermula dengan mukadimah diikuti lima prinsip berkenaan di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara.

Tiada ulasan: