"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi ketuk kepala wanita: Nak gurau pun jaga adab - Muda

Malaysiakini
story-image
Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz (gambar, bawah) menegur menteri besar Kedah susulan tular rakaman video 'gurauan' Muhammad Sanusi Md Nor mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas.

“Jagalah kehormatan orang ramai. Nak bergurau, jaga adab.

"Lebih-lebih lagi pemimpin berpangkat besar macam menteri besar,” katanya pada ciapan di media sosial X, dulu dikenali sebagai Twitter pada Isnin.

Pada video berdurasi 18 saat itu, 'gurauan' Sanusi bersambut gelak ketawa beberapa orang di sekeliling Adun Jeneri itu.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz

"Biasa," kata Sanusi sambil tersenyum dalam rakaman itu.

Menteri besar Kedah kemudian bergambar dengan wanita itu, menyerahkan sekeping kertas yang berbeza.

Berdasarkan pakaian Sanusi dalam video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku hujung minggu lalu.

Sanusi pada Sabtu berbasikal di Kampung Budi, Pokok Sena, dan menghulurkan bantuan wang tunai dan keperluan kepada 60 penduduk kampung miskin tegar.

Sementara itu, Amira berkata Sanusi patut menunjukkan rasa hormat terhadap wanita.

“Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali.

"Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka," kata pemimpin Muda itu lagi.

Tiada ulasan: