"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular lelaki berzikir dengan pergerakan aneh di makam Tok Kenali

HarapanDaily.com
Tular lelaki berzikir dengan pergerakan aneh di makam Tok Kenali
SITI NUR ZAWANI 
Tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir di sebuah makam dengan pergerakan yang agak aneh sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, mereka berzikir di hadapan makam Tok Kenali yang juga merupakan tokoh ulama nusantara. Tok Kenali mempunyai pusat pengajian pondok di Kelantan.

Menurut maklumat dari cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, kesemua lelaki berkenaan tidak ketahui datang dari mana, namun van yang dinaiki mereka merupakan plat pndaftaran dari Thailand.

Beliau juga menjelaskan kaedah berzikir dengan pergerakan luar daripada kebiasaan itu bukan ajaran ulama terkenal itu.

Beliau berkata, perkara tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuklah kerajaan negeri Kelantan.

“Saya mendapat maklum daripada orang yang merakam video itu mengatakan dia tidak mengetahui kumpulan itu datang dari mana. Cuma kalau tengok van, katanya van itu plat pendaftaran dari Thailand. Jadi wallahualam daripada mana.

“Kubur Tok Kenali ni, dia sentiasa terbuka untuk siapa-siapa sahaja. 24 jam sentiasa terbuka.

“Tengah malam pun ada yang datang, jadi muslimin dan muslimat segala amalan yang dibuat dalam video tadi tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran Tok Kenali, dengan pondok Tok Kenali pun tak ada, dengan kerajaan negeri pun tak ada,” katanya menerusi satu hantaran video penjelasan yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok semalam.

Menurut beliau, sebagai wakil keluarga Tok Kenali menasihatkan kepada orang ramai yang mahu mengunjungi kubur ulama terkenal itu supaya menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan itu.

Ujarnya, adab itu selari dengan apa yang diajar oleh alim ulama dengan caranya bersopan santun dah tidak berlebih-lebihan.

“Sebab ini akan menjadi fitnah kepada masyarakat kita sekarang. Jadi kalu boleh jaga khususnya orang perempuan minta tolong jangan masuk dalam pagar.

“Orang lelaki pun jangan buat perbuatan ataupun amalan-amalan yang khilafiah, amalan-amalan yang di luar pada uruf takut ia menjadi fitnah pada masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan: