"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar – Magnet penarik calon pilihanraya presiden Indonesia

HarapanDaily.com

Media terkemuka Indonesia, Kompas menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai magnet yang menarik semua calon yang terlibat dalam pilihan raya presiden Indonesia pada 14 Februari.

Dalam satu artikel bertajuk Magnet Anwar dan kandidat pilipres, Kompas melaporkan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Mahfud MD yang membuat lawatan kerja dan makan tengah hari bersama Anwar pada 8 Disember.

Mahfud yang merupakan calon presiden ketiga menyifatkan Anwar sebagai guru politikus Indonesia yang berjuang menentang rasuah dan amalan nepotisme.

Lawatan Mahfud turut disebut oleh Anwar dalam laman media sosialnya.

Selain daripada Mahfud, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto dan bekas Gabenor Jakarta, Anies Rasyid Baswedan turut mengunjungi beliau.

Anwar menyifatkan Prabowo sebagai sahabat lamanya dan telah mengadakan pertemuan dengannya dua kali pada tahun ini iaitu pada akhir November dan Mei.

Anies pula mengadakan pertemuan dengan Anwar pada 12 Oktober dan melihat Anwar sebagai pembimbing dan model peranan.

“Sebuah kehormatan dan kebahagiaan dapat berdiskusi langsung dengan mentor dan role model kami sejak masih jadi aktivis dulu di kampus. Semoga Yang Mulia Datuk Sri Anwar Ibrahim selalu diberi kesehatan, kekuatan, dan petunjuk dalam menjalankan amanah besar bagi bangsa dan Kerajaan Malaysia,” tulis Anies.

477,285 pemilih Indonesia di Malaysia
Koordinator Dewan Pertimbangan Tim Nasional Pemenangan Anies-Muhaimin, Hermawi Taslim berharap agar pertemuan dengan Anwar akan memberikan kesan positif terhadap kempen pilihanraya Anies memandangkan seramai 477,285 rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia merupakan pemilih berdaftar dalam pilihan raya presiden tahun hadapan.

Calon presiden kelima Megawati Sukarnoputri juga bertemu Anwar pada 3 Oktober.

Mengulas perkara ini, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universitas Islam Internasional Indonesia Faisal Karim berkata rata-rata calon pemilihan presiden mahu menyelesaikan masalah buruh Indonesia di Malaysia kerana jumlah mereka yang besar. Anwar pula ialah magnet yang menarik mereka.

“Anwar memiliki magnet bagi ketiga pasangan capres-cawapres,” kata Faisal, merujuk kepada calon presiden dan naib presiden.

“Siapa pun presiden dan wapres terpilih, mereka sudah punya investasi politik untuk memengaruhi pemilih di Malaysia hingga kedekatan personal yang akan mempermudah diplomasi kedua negara,” katanya.

Tiada ulasan: