"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Petir teruk dikecam, minta derma orang ramai untuk baiki kereta

HarapanDaily.com
Ustaz Pas teruk dikecam, minta derma orang ramai untuk baiki kereta
SITI NUR ZAWANI 

Seorang ustaz Pas dikecam selepas meminta derma orang ramai untuk membaiki kereta milik syarikatnya yang terlibat dalam kemalangan.

Menerusi hantaran di Instagram, kereta milik pasukan media Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dikatakan terlibat dalam kemalangan dan memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk kos pembaikan.

Ahmad Dusuki dalam hantaran itu berkata, dia memerlukan 1,000 penderma untuk menderma sekurang-kurangnya RM5.

“Pencarian 1,000 orang penyumbang yang bermurah hati ingin menyumbang RM5 bagi kos pembaikian kereta media UAD (Ustaz Ahmad Dusuki).

“Kemalangan yang melibatkan kereta ini pada akhir September lepas agak parah apabila melibatkan bahagian depan dan belakang kereta.

“Kini kami menggunakan kenderaan pihak lain yang juga perlu dibayar kos sewanya. Kami dimaklumkan oleh pihak bengkel bahawa kos yang diperlukan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk membaiki seluruh kerosakan,” katanya.

Ahmad Dusuki mendakwa, pihaknya tidak dapat membuat tuntutan daripada insurans disebabkan beberapa masalah teknikal.

Untuk itu beliau merayu sekiranya ada insan yang sudi menyumbang untuk membaiki pengangkutan media UAD, selain turut menyertakan dua akaun bank untuk meminta derma.

“Semoga setiap sumbangan untuk memudahkan kerja-kerja dakwah ini, menyumbang juga kepada kemudahan kita di sana nanti,” ujarnya.

Bagaimanapun rata-rata netizen mengecam tindakan penceramah tersebut yang dilihat bermudah-mudah menagih wang orang ramai.

Pas terkenal dengan jolokan parti ‘tin milo’ kerana sering meminta derma untuk membiayai segala gerak kerja parti mereka.

Justeru tindakan Ahmad Dusuki meminta derma untuk membaiki kereta turut tidak disenangi pengguna media sosial.

“Perbezaan bila ditimpa musibah. Orang susah, usahakan dapat duit. Ustaz (pula) minta orang,” komen lutfizulkifly

“Ustaz, kereta saya pun tengah rosak. Boleh kutipkan derma untuk saya?,” sindir pengguna fairuzsaleh.

“Tak dapat tuntut dengan insurans sebab beberapa masalah teknikal? Mengaku je lah insurans pun tak ada. Senang je nak kutip derma,” komen pula aimanmmg.

Tiada ulasan: