"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah abang, exco Melaka diperintah bayar ganti rugi RM45,000

FMT Reporters
Abangnya mendakwa Dr Akmal Saleh memfitnahnya dengan menggambarkan beliau sebagai seseorang yang berhutang dalam catatan di Facebook pada 2022. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Melaka memerintahkan exco negeri Dr Akmal Saleh membayar ganti rugi RM45,000 kepada abangnya selepas mendapati beliau bertanggungjawab atas fitnah.

Saman itu difailkan oleh Solehin Saleh terhadap Akmal pada September tahun lepas.

Dalam tuntutan itu, Solehin berkata, adiknya dalam catatan Facebook pada 26 Ogos 2022, memfitnahnya apabila menggambarkan beliau sebagai seseorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif mengenai Akmal menggunakan akaun palsu.

Menurut Solehin, komen-komen itu membayangkan beliau seorang penipu, tidak bermoral, tiada integriti dan abang yang tidak bertanggungjawab.

Dalam penghakiman lisan ringkas, hakim perbicaraan Sabri Ismail berpendapat, Solehin telah membuktikan kesnya terhadap Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Mahkamah memerintahkan agar Solehin menerima RM30,000 sebagai ganti rugi am, RM10,000 sebagai ganti rugi teruk dan RM5,000 sebagai ganti rugi teladan.

Akmal juga diarah membayar kos sebanyak RM4,200 kepada abangnya.

Ahmad Azri Abdullah mewakili Solehin selaku peguam, manakala Fadhil Yusof mewakili Akmal.

Tiada ulasan: