"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

31 menteri berbanding 28 sebelum ini

Malaysiakini

Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.

Jumlah timbalan menteri pula naik dari 27 kepada 29 orang.

Jumlah keseluruhan pula meningkat daripada 55 kepada 60 orang.

Bagaimanapun menurut perdana menteri jumlah itu masih dianggap rendah jika dibandingkan dengan 70 orang semasa kabinet pentadbiran sebelum ini.

Tiada ulasan: