"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden parti tidak perlu menjadi menteri - Khalid Samad

HarapanDaily.com

Pelantikan Dr Dzulkefly ke Kabinet melangkaui pemilihan AMANAH

Pelantikan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan telah melangkaui isu pemilihan parti yang akan berlangsung bulan ini dalam Konvensyen AMANAH, kata Pengarah Komunikasi parti, Khalid Samad.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melangkau isu pemilihan parti. Kalau ikut hierarki parti, (Timbalan Menteri Pertahanan) Adly Zahari atau Senator Datuk Seri Mujahid Yusof yang patut dilantik sebagai menteri.

“Beliau melangkau isu jawatan parti dengan melantik Datuk Dzulkefly Ahmad yang merupakan Pengarah Biro Strategi AMANAH atas dasar merit,” kata Khalid yang juga adalah Pengerusi AMANAH Kelantan.

Adly dan Mujahid ialah Naib Presiden AMANAH.

Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat pelantikan sebagai menteri akan memberikan satu anjakan kepada Dr Dzulkefly menjelang pemilihan parti AMANAH bulan ini.

Semalam, Anwar telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan menambahkan tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Dr Dzulkefly, Gobind Singh dan Datuk Seri Johari Ghani adalah di antara mereka yang telah kembali ke barisan jemaah menteri.

Khalid bercakap dalam siaran langsung yang bertajuk “Kabinet Baharu: Apa Implikasinya?” menerusi Jom Channel yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Turut ditegaskan adalah pelantikan Dzulkefly adalah berdasarkan merit.

“Dzulkefly dilantik dalam keadaan kes Covid-19 meningkat. Sewaktu menjadi Menteri Kesihatan kali pertama, Covid-19 baru bermula. Tiada kematian direkodkan dan hanya beberapa kemasukan ke hospital.”

Khalid merujuk kepada pengalaman Dr Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan.

Beliau turut menyatakan Presiden AMANAH yang kini disandang oleh Datuk Seri Mohamad Sabu akan ditentukan oleh 27 orang yang dipilih menerusi pemilihan parti.

Beliau turut mengemukakan pandangan peribadinya bahawa presiden parti tidak perlu menjadi menteri kerana ia akan membolehkan presiden mengawasi menteri.

Selain itu, Khalid turut menegaskan tumpuan utama AMANAH sekarang adalah untuk mengukuhkan parti.

“Keperluan AMANAH sekarang ialah tumpu bina parti, kerana kita parti baru lahir dalam gelombang besar.

“Banyak pergolakan jadi tumpuan pengukuhan parti telah dikesampingkan sebelum ini,” tambah Khalid lagi.

Tiada ulasan: