"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Editor Sarawak Report memfitnah Sultanah Terengganu diperintahkan membayar RM300,000

Hidir Reduan Abdul Rashid

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain diperintahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi fitnah kepada Sultanah Terengganu Nur Zahirah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar RM120,000 sebagai kos guaman kepada baginda.

Mahkamah Rayuan memutuskan Rewcastle-Brown memfitnah Sultanah Nur Zahirah menerusi buku ‘The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Tiada ulasan: