"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Zayn Rayyan: Polis jumpa stokin dalam kolam

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
ANGGOTA forensik melakukan pemeriksaan di kawasan penemuan mayat Zayn Rayyan: FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
ANGGOTA forensik melakukan pemeriksaan di kawasan penemuan mayat Zayn Rayyan: FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Petaling Jaya: Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada stokin berkenaan milik kanak-kanak autisme itu.

Katanya, stokin berkenaan adalah antara barangan dan objek yang dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Kita jumpa sehelai (stokin) sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa atau bukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, pihak polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa.

Proses itu dilakukan bagi melihat sama ada wujud bukti baharu, namun tiada penemuan sebelum, proses itu disambung pagi tadi.

Terdahulu, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan pemeriksaan selama dua jam di Blok R Apartmen Idaman semalam, membawa keluar dua kotak dipercayai berisi bahan bukti.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember lalu ditemui meninggal dunia pada 6 Disember dengan mayatnya ditemui di kawasan saliran air berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman.

Tiada ulasan: