"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rombakan kabinet: Amir Hamzah dilantik senator, bakal menteri kewangan II

Malaysiakini
Spekulasi bahawa jawatan menteri kewangan II berkemungkinan besar disandang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amir Hamzah Azizan semakin kencang.

Menurut Bernama, Amir Hamzah hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Amir Hamzah menyertai KWSP pada Mac 2021 dan adalah anak sulung kepada bekas pengerusi dan presiden Petronas, Allahyarham Azizan Zainul Abidin.

Dia juga mempunyai pengalaman meluas  dalam dunia korporat mencakupi lebih 27 tahun.

Selain KWSP dan  Tenaga Nasional Berhad, Amir Hamzah  juga pernah bersama Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini mengesahkan beliau akan mengumumkan rombakan kabinet pada jam 11 pagi ini.

Anwar turut membayangkan bahawa beliau akan memindahkan sebahagian tanggungjawabnya ketika ini. Namun, dia tidak menyatakan kementerian mana yang akan terlibat.

"Saya akan memindahkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Tiada ulasan: